Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin

Inilah detik bernilai hidup ini menghadiri Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin yang telah diadakan pada Sabtu lepas bertempat di Pondok Baitul Qurro Wal Fuqoha', Payasum, Sungai Udang Melaka. Pada mulanya bukanlah satu perancangan atau ajakan dari siapa-siapa, saya terdengar malam sebelum itu seorang sahabat baik ingin menghadirikan diri ke program ini jadi tidak salah rasanya sama-sama untuk menghadiri ke kuliah atau majlis agama sebegini walau diri ini tidak se-alim mereka.
Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin

Siapakah Syeikh Nuruddin al-Banjari?

Syeikh Nuruddin dengan nama sebenarnya Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib dan juga dikenali oleh Ustaz Tersohor tanah air kita iaitu Ustaz Azhar Idrus. Biografi mengenai Syeikh Nuruddin ini juga telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. 

Al'-'Allamah Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari daerah Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Mekah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).
Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Massahth yang digelar Syeikul-Ulama rahimullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasi Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.
Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.
Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al-Azhar Mesir, sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani (Universiti al-Azhar kedua). Disamping mengajar beliau juga menghasillkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Waasunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah) 
Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin

Intipati Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin

Dalam kuliah ini Syeikh telah menerangkan mengenai Hadith 40 yang ke-20 hingga 22.

Malu sebahagian daripada iman

Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: 

"Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu."

Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari.

Daripada hadith ini merungkaikan satu sifat utama mukmin iaitu malu yang merupakan juga sebahagian daripada iman. Malu boleh menghasilkan kebaikan dan menjadi perisai atau penghalang kepada melakukan perkara jahat. Dengan sifat malulahlah nafsu manusia dapat dibendung dan menjuruskannya ke arah kemuliaan. Malu yang sejati ialah dengan Allah S.W.T manakala malu dalam melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu tutup aurat, malu taat kepada Allah, malu mendekati agama, malu bertanya perkara yang tidak tahui, malu meletakkan Islam sebagai kehidupan seharian dan banyak lagi.

Amalan yang dapat masuk syurga

Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin
Daripada Abu Abdulllah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a (beliau meriwayatkan):

Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah S.A.W, dia berkata: 

"Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!"

Hadis riwayat al-Imam Muslim

Ucapan dan Istiqamah

Kuliah Dhuha Syeikh Nuruddin

Daripada Abu 'Amru - atau digelar juga Abu 'Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlua lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersadba: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah . Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."

Hadis riwayat al-Imam Muslim

Dalam hadis ini menuntu kita agar sentiasa mengambil berat soal Iman, tauhid dan aqidah kita dengan sentiasa perbaharui setiap hari secara beristiqamah dalam menunaikannya. Istiqamah juga merupakan suatu jihad jika menunaikan tuntutan iman. Ramai yang mengaku beriman namun gagal istiqamah menunaikannya. Amal dan istiqamah jadi sulit bila kita hanya mengukir di bibir sahaja.

Kesimpulan Kuliah Dhuha

Apa yang saya coretkan kembali adalah intipati daripada kuliah ini, untuk saya sampaikan sama seperti Syeikh Nuruddin sampaikan adalah tidak berkeizinan, mungkin ada rezeki lagi boleh rakam video buat tatapan rakan blogger dan pembaca. Syeikh Nuruddin juga seorang yang pandai berkata-kata dan membuat lawak semasa kuliah beliau, melihat wajah belaiu dihadapan mata kita sendiri akan merasakan suatu aura seorang ulama ini dan menenangkan jiwa dan fikiran yang serabut. Semoga diberi peluang berjumpa lagi.