Putus Kawan Pilihan Terakhir

Betulkan putus kawan itu pilihan terakhir dalam hidup kita, kebanyakan orang begitulah cakapnya. Sebab apa, sebab bukannya tidak takut hilang kawan, kawan boleh lagi dicari tapi yang sengaja putuskan kawan mungkin kena fikir banyak kali.

Putus Persahabatan


Rata-rata kita pernah alami semua ini, "Aku dah tak mahu berkawan dengan mamat tu, dia control hidup aku.." dan berbagai lagilah korang catatkan sendiri sebab sendiri pernah alami kan? Saya pun tak suka kalau nak putus kawan sebab rugi hilang kenalan dan bakal bertambah kesunyian.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim..." - Riwayat al-Bukhari.

Maka dengan itu harap korang mengertilah kalau Nabi kita sendiri pun galakkan memanjangkan silaturrahim kenapa kita ingin putuskan? Baca lagi mengenai cara melupakan sahabat yang jahat buat yang terlalu pedih nak alami.