Melayu Boleh

Melayu boleh merupakan carian tertinggi di laman internet bagi mencari aksi-aksi anak melayu tidak kira umur tua atau muda yang berani melakukan sesuatu perkara apabila sudah mengikut diri sendiri tanpa memikirkan apa akibat dan risiko yang bakal ditanggung kelak.

Namun sifat Melayu yang boleh ini sudah mula di ubah dengan beberapa kebolehan diri Melayu itu sendiri dalam mencapai Wawasan 2020 kelak, lihat saja pada pencapaian kita pada hari ini pasti kita boleh tepuk dada menyatakan Melayu memang boleh!

Melayu Boleh

Mengapa Perlu Kotorkan Perkataan Melayu Boleh?

Mengapa perlu merosakkan bangsa Melayu sendiri dengan menerbitkan video-video aksi demi menunjukkan Melayu itu boleh?

Tidak adakah persepsi lain bagi memaparkan Melayu Boleh agar kaum lain melihat bangsa kita itu bermaruah, suci dan murni?

Siapa yang mula-mula perkenalkan perkataan Melayu Boleh ini dengan beberapa video aksi anak-anak melayu, video perempuan bertudung dan beberapa lagi perkataan yang tidak sepatutnya menjadi label kepada Melayu kita.

Sampai bilakah trend ini akan berterusan, sampai bila harus kotorkan perkataan Melayu Boleh ini tanpa memikirkan bahawa apa yang anda lakukan itu bakal merosakkan pemikiran anak-anak anda sendiri atau anda memang tidak akan berkahwin kelak?

Melayu Boleh

Dimana Sebenarnya Makna Melayu Boleh?

Jika fikirkan kembali, apa maksud Melayu yang boleh? Adakah ianya hanya boleh dalam perkara yang memalukan diri sendiri? Kenapa kita sering dilihat sebagai yang sentiasa kalah dalam pelbagai situasi?

Melayu Boleh
Cuba letakkan 3 perkara ini dalam persepsi Melayu Boleh hari ini:
  • Apakah Melayu hari ini sudah boleh dikira sebagai yang matang dalam pemikiran, tindakan dan perancangannya?
  • Adakah ramai Melayu kita hari ini yang sudah mampu menjana kekayaan yang begitu maksimum?
  • Adakah Melayu kita ini sekarang mampu bercakap tapi tindakan adalah hancur sekali?

Dimana Nasib Melayu Yang Boleh Hari Ini?

Jangan terlalu angkuh, mempersendakan serta mengutuk bagi mereka yang ingin mencuba dalam sesuatu perkara sebaliknya kita harus tanya diri kita sendiri dimana kita berada dan berpijak di bumi yang nyata ini. Lihat video ini,

Lihatlah sendiri dan nilailah sendiri adakah Melayu Boleh yang anda bangga-banggakan itu mendapat tempat di mata dunia atau sekadar gimik dalam alam maya internet sahaja?

Menulis bukan semata-mata tetapi juga untuk menyedarkan serta mengingatkan diri sendiri adalah kita ini betul-betul seorang Melayu yang boleh dan jika boleh apa yang kita boleh?

Melayu yang boleh bukan hanya gagah melaungkan slogan "Melayu Boleh" tapi sebaliknya buktikan dengan tindakan kita yang boleh melakukannya hingga ke akhirnya sehingga berjaya bukannya berhenti dipertengahan jalan.

Berhenti Menyalahkan Melayu Yang Tidak Boleh

Ya, kita juga perlu berhenti menyalahkan mereka yang tidak boleh berjuang sehabis-habisan tapi itu bukan jalan penyelesaiannya.

Melayu Boleh

Seharusnya kita harus mengingatkan antara satu sama lain, bukannya kita hebat kita diam seorang diri. Lihat bangsa lain mereka sama-sama membantu antara mereka dan mereka sama-sama berjaya antara mereka. 

Mereka bukan berasal daripada kaya-raya tapi mereka berusaha sehingga mereka boleh berjaya dan menjadi kaya pada hari ini.

Kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan berhenti menyalahkan orang lain jika kita gagal sekalipun, buktikan kita Melayu yang boleh atau betul-betul boleh demi kejayaan diri kita sendiri dan anak-anak kita di masa hadapan.

Kitalah pencetus bagaimana kehidupan anak-anak Melayu kita kelak bagi mendorong mereka lebih berjaya daripada kita pada hari ini.

Contest SEO Melayu Boleh

Melayu Boleh

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja olehEcaJomStadiAkma OmarAkuPenghiburCikLailiAsyrofStudioBoni Kacak,MenulisMencontengFuh [dot] MyMedia SiberGempak [dot] orgGilerKentang,NurMujahidahPondok Kecil & Pelik [dot] My, BlogFynaPondok Kecil