Bangkit Semula Dengan Segera

Bukan senang untuk kita bangkit semula setelah kita jatuh dari tempat yang tinggi kerana walaupun kita mampu bangkit secepat mana sekali pun kesakitan daripada kejatuhan kita itu tetap terasa pedihnya.

Mengambil angin boleh dikatakan melegakan kesakitan yang kita alami namun bila kita pulang kembali ke rumah kesakitan itu umpama datang kembali.

Jadi kekuatan itu tak mungkin datang dengan segera dan jangan percayalah bahawa mereka yang baru bangkit itu sudah pulih sepenuhnya.


Bangkit Semula Dengan Segera




Bangkit semula dengan segera, bangkitlah wahai sahabat sapa seorang teman kepada diri ini. Terasa tersentak dan tersedar dari satu lamunan yang tinggi.

Kenapa sukar untuk bangkit kembali setelah jatuh, sedangkan secara fitrahnya kita tidak mahu terus berada di ambang kejatuhan selama-lamanya.

Anjakan demi anjakan, doa dan usaha yang pelbagai di usahakan demi mengembalikan semula diri yang terdahulu.

Sebagai insan yang lemah sentiasa harus muhasabah diri bukan terus menonggak diri sendiri walaupun dalam beberapa situasi kita tidak salah sebenarnya.

Namun mengalah demi dan memujuk hati sendiri semoga persengketaan tidak berpanjangan, bak kata orang biarlah diri ini sakit sekalipun mereka tidak memaafkan secara total kesalahan kita.

Blog Ini Juga Harus Bangkit Kembali

Ya, blog ini juga harus bangkit kembali. Kali terakhir saya tulis mengenai kontes Melayu Boleh sebulan yang lalu. 

Disinilah saya lahir sebagai seorang blogger dan disini kembalilah saya lihat-lihat zaman permulaan saya pada suatu ketika dahulu sehingga kini.

Kenangan tak mungkin dilupakan andai kita terus sematkan dalam diri kita.

Sejauh mana sekali pun diri ini melangkah, menoleh kebelakangan pasti namun berundur itu tidak mungkin.

Blog ini adalah total blog peribadi namun saya tetap menulis dengan gaya saya sendiri dan menjadi diri sendiri.

Bangkitkan diri sendiri agar tidak terus berada dalam situasi lamunan kejatuhan.

Wassalam :)