Inspirasi Perlu Untuk Bangkitkan Semangat

Inspirasi perlu untuk bangkitkan semangat kita yang telah merudum jatuh dan terganggu dalam kehidupan kita. Bukan senang membina sebuah semangat sehari atau seminggu atau sebulan selepas kita jatuh.

Kebangkitan juga memerlukan satu aura kekuatan yang amat kuat agar kita dapat menempis mana-mana hasutan dan anasir yang bakal mengganggu proses kebangkitan kita.


Inspirasi Perlu Untuk Bangkitkan Semangat

Inspirasi itu berbentuk dalam pelbagai keadaan yang sangat subjektif, ia terpulang pada diri seseorang bagaimana ia ingin melabelkan inspirasi itu tersendiri.

Selagi mana ia tidak menyimpang dan salah, ia boleh berpegang teguh akan inspirasi tersebut agar matlamatnya tercapai.

Dalam menuju sebuah kehidupan dan kejayaan, usaha dan kekuatan semangatlah yang menjadi pertimbangan kearah kejayaan tersebut.

Memang sukar untuk kita pertikaikan hasil usaha orang lain walaupun usaha mereka lebih sedikit daripada kita namun hasilnya membuak-buak lebih daripada kita.

Jenis-jenis Inspirasi 

Sukar sebenarnya kita menklasifikasi apa jenis inspirasi pada diri seseorang kerana bagi setiap orang adalah berbeza.

Contohnya, seseorang memerlukan teman untuk semangatnya menjadi kuat dan teguh kerana teman tersebut sentiasa akan mengingatkannya apabila ia leka dan terlupa.

Sesetengah yang lain pula dalam  perkara dan hal yang lain hanya perlu meletakkan matlamat dan azam saja di depan mereka, lalu mereka akan bermati-matian untuk mendapatkannya.

Mungkin pembaca mempunyai pendapat dan idea berbeza bagaimana inspirasi ini mampu membantu bangkitkan semangat kita.

Apa yang dijangkakan selalunya menjadi realiti kerana jangkaan itu adalah doa dalam senyap yang diulang-ulang dengan penuh keyakinan..."
Kita kena tentukan sendiri, apakah yang memberi inspirasi kepada kita atau siapakah yang memberi inspirasi kepada kita sebagaimana kita pernah mendengar perkataan sumber inspirasi untuk seseorang itu berjaya.

Pendapat Anda...

Luangkan sedikit idea dan pendapat anda mengenai topik penulisan ini agar dapat mengembangkan lagi olah-olah yang ditulis secara ringkas ini.

Saya menghormati perbezaan pendapat dan komentar yang membina secara bernas.

Wassalam :)