Jadual Pembayaran BR1M 2017

Jadual Pembayaran BR1M 2017

Sebelum ini ada berkongsi artikel mengenai Pembentangan Bajet 2017 dan kini artikel Jadual Pembayaran BR1M 2017 ini menjadi rujukan seterusnya. BR1M atau maksudnya Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) merupakan satu usaha dari kerajaan ingin membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban perbelanjaan.

BR1M 2017 akan dibayar mengikut jadual yang ditetapkan kepada mereka yang layak menerima. Permulaan bayaran BR1M ini akan bermula pada Januari 2017.


Jadual Pembayaran BR1M 2017

Berikut adalah jadual pembayaran BR1M yang betul dan sumber daripada laman web rasmi BR1M sendiri.


Pembayaran BR1M 2017 ini mempunyai 3 kategori.

Kategori Pertama sebanyak RM1200

Ini adalah untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Jadual pembayaran seperti berikut:

  • Februari - RM400
  • Jun - RM400
  • Ogos - RM400

Kategori Kedua sebanyak RM900

Ini adalah untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000. Jadual pembayaran seperti berikut:
  • Februari - RM300
  • Jun - RM300
  • Ogos - RM300

Kategori Ketiga sebanyak RM450

Ini adalah untuk individu berpendapatan RM2,000 dan ke bawah. Jadual pembayaran seperti berikut:
  • Februari - RM450

Semak dan Kemas Kini Status BR1M 2017

Untuk menyemak status atau kemas kini status BR1M 2017 anda bolehlah klik pada pautan ini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Gunakan BR1M 2017 Sebaiknya

Berapa pun nilai yang bakal diterima nanti, gunalah sebaiknya. Pastikan penggunaan wang dari BR1M 2017 ini untuk manfaat keluarga bukan diri sendiri semata-mata. 

Wassalam.

0 comment... add one now