Ubat Kurap Untuk Kucing

Bagi pemilik kucing yang sangat sayang akan kucingnya, penjagaan rapi adalah amat penting. Kucing yang dibeli bukan setakat tinggi nilainya tetapi penjagaannya juga perlulah mengikut jenis kucing yang dipelihara.

Penulis juga mempunyai seorang kucing, Yaya namanya. Pada awalnya adalah buntu untuk menamakan seekor kucing. Ini sebab tak nak rasa janggal bila panggil kucing. Orang kampung tapi memiliki kucing yang bukan kampung.

Sebelum Yaya, saya pernah membeli seekor kucing juga pada usia yang kecil lagi. Oleh kerana terlalu leceh untuk menjaganya terpaksalah jual semula kepada yang layak.

Namun kali ini Yaya tidak susah untuk dijaga dan tidak banyak karenahnya. Dalam rumah tak pernah kurung dia dalam sangkar begitu juga dalam kereta kalau dalam perjalanan pulang ke kampung.

Ubat Kurap Untuk Kucing

Ubat Kurap Untuk Kucing

Semenjak dua minggu yang lalu terlihat rupa Yaya semakin berubah. Banyak bulu yang hilang di bahagian atas matanya dan juga ada kudis di bahagian telinga.

Semakin bertambah risau pula apabila Yaya juga mula kurang makan dan hanya tidur seharian dari pagi sehingga ke malam hari.

Oleh kerana risau, terus bawa Yaya ke Klinik Haiwan yang berdekatan untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Ubat Kurap Untuk Kucing

Untuk masalah kurap atau jangkitan kulat pada kucing Doktor akan buat suntikan pada kucing. Selepas 10 hari dari hari suntikan kita perlu bawa lagi si kucing ini untuk mendapatkan sekali lagi suntikan.

Maknanya ada 2 kali suntikan untuk masalah ini. Selain daripada suntikan ada juga ubat kurap untuk kucing kesayangan anda.

Ubat Kurap Untuk Kucing

Selepas kali kedua datang untuk suntikan pada Yaya ini. Ada juga bertanya kepada doktor adakah ubat untuk disapu pada si kucing ini.

Jadi ubat yang bernama Yucomy ini disarankan sendiri oleh doktor. Ubat ini adalah jenis krim dan mudah disapu ke bahagian yang dijangkiti tersebut.

Ubat ini perlulah disapu sekali sehari sehinggalah kuping-kuping dibahagian yang dijangkiti akan hilang sendiri. Bukan tuannya cabutkan.

Kesannya Alhamdulillah si Yaya sudah kembali aktif dan ceria malah wajahnya kini semakin comel kembali. Ubat ini juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selamat untuk dijugakan.

Terima kasih.




0 comment... add one now